▪︎ Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong kecil
1 kilo santan
25 - 30 tangkai cili padi *
5 labu bawang besar *
5 ulas bawang putih *
2 inci kunyit hidup *
2 inci halia *
Lengkuas *
6 batang serai *
6 helai daun kunyit dihiris
6 helai daun limau purut dikoyak
3 sudu kerisik
2 sudu gula
Garam
Serbuk perasa
(*) bahan untuk dikisar
▪︎Cara memasak:
Panaskan minyak dan tumis bahan dikisar sehingga garing dan naik bau.
Masukkan santan, kacau sehingga sebati. Masukkan kerisik dan asam keping. Bagi memastikan daging ayam tidak hancur, masukkan ayam selepas kuah mendidih.
Masukkan gula, garam dan serbuk perasa.
Masak sehingga kuah kering bergantung kepada citarasa puan-puan samada ingin berkuah atau kering.
Masukkan daun limau dan daun kunyit. Kacau sebati. Setelah itu bolehlah diangkat.
Selamat mencuba.
Jangan lupa SUBSCRIBE, LIKE & SHARE.
Ikuti kami di facebook: fb.com/effaskitchen.my